Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Wednesday, December 15, 2010

KUMPULAN MENINGKATKAN MUTU KERJA (KMK)

Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta. Bagi mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor awam, kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja.


Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991 mendefinisikan KMK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.


Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber pengurusan yang lain. Bagi memastikan pekerja bekerja dengan seronok, KMK dilaksanakan menggalakan pekerja bekerja secara berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Dengan ini, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti jabatan.


Bagi melaksanakan KMK, tiga syarat yang berikut diperlukan iaitu pewujudan struktur KMK, latihan yang berkesan dan sistem pengiktirafan yang berkesan. Struktur KMK terdiri daripada jawatankuasa pemandu KMK, fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KMK. Setiap individu yang terlibat dalam struktur tersebut memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan projek dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan kumpulan.


Setiap individu yang terdapat didalam sturktur KMK menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK. Terdapat 9 faktor yang menyumbang kejayaan pelaksanaan KMK dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan Perkhdmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 iaitu:


i. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dan komitmen dari pihak pengurusan atasan.

ii. Sistem latihan yang berkesan

iii. Sokongan dari semua peringkat

iv. Pewujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK

v. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat tulis, projector overhead, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya.

vi. KMK dianggap sebagai usaha jaangka panjang. KMK harus dimulakan sevara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan.

vii. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak.

viii. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan.

ix. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah.

Namun begitu, haruslah dititik beratkan bahawa kejayaan dalam pelaksanaan KMK dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Dimana faktor-faktor ini mampu melicinkan lagi draf, kaedah dan pelaksanaan KMK. Hasilnya yang lebih berkesan serta kreatif dapat dicapai.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun 1991.Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

4 comments:

afro said...

hi...boleh x sy nk copy isi kmk ni? nk buat assignment

Anonymous said...

salam cikgu Shaza, saya mohon copy artikel tentang kmk nih..nak jadikan panduan utk k.induksi saya, dpt no. tajuk yang ke 37 which is yang ini..dok tgh mencari2 sumber untuk menghuraikan faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan kmk.. nice writing btw. and tq so much :)

Cikgu Shaza said...

afro...boleh copy,tambahkan lg isi dan huraian...

Cikgu Shaza said...

Anonymous,jdkan panduan dan tambahkan isi serta huraian lg....terima kasih menziarahi blog cikgu shaza...