Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Friday, August 27, 2010

MERDEKA!!


Salam....

Dah lama tak menulis....busy dgn kerja2 + laptop wat hal....

Hari ni 27 Ogos 2010,sambutan nuzul quran dan 4 hari lagi sambutan kemerdekaan
ke-53....Disebabkan 31 Ogos 2010 jatuh pada bulan puasa, maka sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan sehari sebelum puasa....

Untuk sambutan kemerdekaan tugasan yang aku terima adalah untuk menyediakan kad hari lahir kepada warga SMKRTU yang lahir pada 31 Ogos dan penanda buku dibantu oleh Diyana....kebetulan laptop semakin "bengong" wat hal je plak....(tp akhirnya siap gak)...Nasib baik 5 orang je yang lahir 31 Ogos, kalo 50, pening den...hehe...

So, inilah hasil kad hari lahir yang direka oleh aku sndiri hasil dari penggunaan adobe photoshop cs3.....

Tugasan seterusnya, perarakan motor dan kereta berhias...local car yang dipilih adalah perodua myVi...siap ada pertandingan motor berhias pelajar dan deklamasi sajak oleh guru-guru SMKTRU..Masa ni la terserlah bakat terpendam guru mendeklamasi sajak (x sangka cikgu sains bersemangat baca sajak,hehe)

Penutup nyanyian lagu patriotik dan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! oleh PK HEM, En. Zaidi b. Hamzah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53...

*gmbr2 de dlm facebook...
Read more >>

Tuesday, August 10, 2010

KEJUARAAN KE TIGA...

TAHNIAH....Kejuaraan ketiga tahun ini......

Selepas mendapat johan pertandingan kawad peringkat sekolah dan peringkat daerah Barat Daya,Kor Kadet Polis SMKRTU mencatat sejarah sebagai johan penembak wanita terbaik peringkat daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan tempat ketiga.

Seawal jam 6.30 pagi, anggota Kor platun Kadet Polis SMKRTU berkumpul dihadapan Balai Polis Bayan Baru. Setiap sekolah yang mempunyai platun kadet polis telah menghantar 20 orang wakil untuk Menembak M16 yang diadakan di Padang Tembak, IPD Kulim. Antara yang terlibat SMK Raja Tun Uda, SMK Sg.Ara, SMK BAtu Maung, MRSM Seri Balik Pulau, SMK Seri Balik Pulau dan SMK Teluk Kumbar.

Jam 7.15 pagi, 5 buah trak polis dan bas MRSM sudah berada di perkarangan Balai Polis Bayan Baru. Koperal Hisham dari bahagian Hal Ehwal Awam telah memberikan penerangan kepada semua sekolah yang terlibat...

Aku turut menaiki trak selepas meninggalkan MyVi ku di balai polis. Yang paling best, kami berkonvoi bermula dari balai polis bayan baru ke IPD Kulim diiringi kenderaan polis...Sepanjang jalan dengar siren kereta polis pengiring (rasa cm VIP, hehehe...) Mana taknye, setiap kali jalan sesak, lampu trafik mahupun roundabout, siren kereta polis kedengaran untuk memberikan laluan kepada kami...

1st time aku ke padang tembak seumur hidup....Setiba disana, semua kadet diminta beratur mengikut platun masing2 untuk mendengar taklimat. Selesai taklimat, semua pelajar dan platun komander (guru kadet) diberi sarapan nasi lemak..

Selesai sarapan, setiap ahli kadet masuk ke detail yang telah diberikan semasa latihan di IPD Barat Daya....bunyi tembakan membingitkan telinga...rasa nak pecah gegendang telinga aku...Ade juga yang melatah terkejut mendengar bunyi tembakan dilepaskan. Setiap ahli kadet dibekalkan satu magazine untuk diisikan 20 butir peluru hidup. Mereka diminta menembak sasaran dalam keadaan meniarap dengan sasaran sejauh 100 meter...

Macam2 gaya, yang takut pun ada...bukan nak tembak harimau, tembak sasaran yang tak bergerak pun nak takut...
.(al-maklumla, budak baru belajar)....Selesai pelajar, giliran platun komander plak...aku punya la excited nak tembak...kalo kadet dapat 20 peluru, setiap guru diberi peluang menembak dengan 40 butir peluru...peluang terbaik dalam hidup menembak menggunakan M16, memang best tak terkata....nak mintak lagi peluru, x ley plak...Sebelum menembak, jurulatih aku, Konstable Anas memberi tips untuk menggelakkan sentakan yang kuat oleh M16 semasa menembak. Alhamdulilah, tak de rasa sakit pun wpun ade la bekas skit kt bahu kanan aku...anyway, i really apprieciate this chances....

Habis turn platun komander, turn jurulatih plak...Kalo kami tadi diberi peluang menembak menggunakan laras kpd semi (tekan sekali, 1 peluru keluar), jurulatih menunjukkan aksi masing2 menembak menggunakan laras Auto....mmg best cm kt bunyi tengah perang lak...huhu...

Selesai semua menembak lebih kurang 120 kadet, 8 guru pengiring dan jurulatih mula menjamu makanan tengah hari....Kemuncaknya adalah penyampaian hadiah....Hadiah diberikan kepada penembak terbaik lelaki dan perempuan, tempat pertama hingga ketiga serta sijil penyertaan disampaikan oleh Tuan Saiful, IPD Barat Daya kepada semua platun komander....


Read more >>