Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Sunday, February 13, 2011

Jawapan dalam peperiksaan yang mengheret guru ke Tanjung Rambutan

Kerjaya seorang guru memerlukan kesabaran yang tahap maksimum. Bukan hanya saat kita mengajar anak murid kita di dalam kelas. Malah dalam tugasan lain. Lebih-lebih lagi waktu menanda kertas peperiksaan.. Macam-macam ragam jawapan yang akan kita Temui.

Pengalaman saya sepanjang menjadi guru pernah terjadi di dalam peperiksaan. Anak murid saya menjawab dengan penuh lurus hingga membuat saya tergelak ketawa. Soalannya berbunyi seperti dibawah ini.



Haiwan diatas merupakan seekor haiwan mamalia.

i) Nyatakan habitat haiwan ini? 2 markah
Saya pernah lihat gajah ni dekat Zoo negara.

ii) Senaraikan 2 jenis haiwan yang sama kumpulan seperti haiwan ini. 2 markah
Anak gajah, Nenek gajah.

Sekiranya anda seorang guru, Berapa markahkah yang akan anda beri? (^_^)v

Itu kisah saya, sekarang kita lihat pula sebahagian gambar-gambar murid menjawab di dalam peperikasan.. Rasa-rasa kalau semua jawapan yang diberi macam ini, tentu ramai guru yang hendak meletak jawatan..





















Inilah sebahagian rencah kehidupan yang akan dilalui oleh seorang guru.. Benarlah bak kata pujanga.. Kami ni ibarat lilin.. Terbakar diri sendiri menerangi orang lain tanpa pernah fikir tentang diri sendiri... Kepada semua warga pendidik, banyak-banyak bersabarlah ye saat anda melaksanakan amanah.


Read more >>

Monday, February 7, 2011

Al kisahnya : Garisan penamat

Ini al kisahnya ...satu hari, ketika Cikgu Halim sedang rancak berbincang dengan beberapa orang cikgu-cikgu lain mengenai hari sukan yang bakal melangsung tidak lama lagi, datangnya Cikgu Zakiah dengan wajahnya yang garang macam singa betina. Dengan tanggannya erat mengcekak pinggang:-

Cikgu Zakiah:- (Tanpa menghiraukan cikgu-cikgu lain) Ei Cikgu Halim, kenapalah kau bagi aku jaga di garisan penamat yang paling hujung tu! Tau tak kepala otak kau tu yang garisan paling hujung tu betapa jauh ah?

Cikgu Halim:- (Dengan tanggannya mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil menahan malunya kerana dimarahi depan cikgu-cikgu lain) Aik! apasal dengan kau ni hah? Tu..la semua tak nak jaga jauh-jauh. Panaslah, jauhlah, penatlah. Habis tu, siapa nak jaga pula? Aku?

Cihgu Zakiah:- Pakai la kepala otak kau pikirkan! Tak boleh ke kau cari cikgu lain yang jaga. Aku juga yang kena.

Cikgu-Cikgu lain saling perpandangan.

Cikgu Halim:- Oi! Cik akak, kau kah 'chairman' ke aku ah? Sukalah siapa aku nak bagi tugas.

Dengan mukanya yang merah padam, Cikgu Zakiah menghampiri Cikgu Halim. Jari telujuknya di ditunjuk betul-betul depan muka Cikgu Halim.

Cikgu Zakiah:- Tak guna punya lelaki. Tak kesian ke kau pada aku yang tengah mengandung?

Cikgu Halim:- Aik! Manalah aku tau yang you tu tengah mengandung? Bukan I yang 'bikin' apa. Poora!!

Apa lagi?? Tergelaklak cikgu-cikgu kalian. Mana tidaknya, perut Cikgu Zakiah yang masih leper (cuma 2 bulan mengandung) dan badannya yang masih langsing memang tidak menunjukkan yang dia sedang mengandung. Aduh! Malunya Cikgu Zakiah.

Read more >>

Jenahak kukus


bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan jenahak / merah
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 5 - 6 biji cili padi, dititik*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 2 ulas bawang merah,sedikit halia,2ulas bawang putih ditumbuk* utk perap

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam dan bahan yang ditumbuk perap.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
p/s : Resepi ni bagus bagi mereka yang nak diet atau ingin mengembalikan semula kekuatan antibodi badan yang lemah akibat demam.

Read more >>

Wednesday, February 2, 2011

GOTONG-ROYONG

Salam...
Kebelakangan ni terlalu banyak kerja di sekolah menyebabkan saya tidak sempat update blog ini...Salah satu aktiviti terbaru adalah gotong royong pengawas...

Isnin (31 Jan 2011)
Terlintas difikiran untuk menghias bilik pengawas selepas melihat terlalu banyak kekurangan di bilik pengawas...Jadi, gotong royong dijalankan berperingkat...Isnin baru-baru ini beberapa orang pengawas telah datang membantu mengecat bilik pengawas.. Gotong royong bermula jam 3.00ptg selepas tamat kelas terakhirku..Antara yang hadir adalah ketua biro keceriaan, Ahmad Firdaus Razali, Syafiq Yusry, Adilah, Badrul Amin,Mohd Anas dan Ehsan (pengawas pss)...walaupun sepatutnya lebih ramai yang datang, tapi mereka ini datang tanpa dipaksa dan atas rasa tanggungjawab dalam diri mereka. .

Gotong royong bermula jam 3 ptg hinggga 6.30 ptg...Aktiviti yang dijalankan adalah mengecat semula bilik pengawas dan mengecat grill depan bilik pengawas...
Disebabkan masa yang agak terhad, sesi mengecat fasa ke dua (melukis mural) akan diadakan selepas cuti tahun baru cina....terima kasih kepada pengawas yang sudi hadir....


Read more >>

Friday, January 21, 2011

Bukan semua Skim DG patut berpolitik...Guru aktif politik perlu sekatan mengikut tugas

KEBENARAN diberi kepada guru-guru kategori DG41-DG48 aktif politik merupakan satu lagi 'bonus' diberi kepada golongan pendidik. Kenapa begitu berminat sangat mereka kepada politik hanya individu yang berkenaan sahaja boleh menjawab. Tak bolehkah mereka berkhidmat kepada rakyat melalui gerakan atau pertubuhan yang lain?



Jasa kaum guru pada era penentangan terhadap penjajah dan seterusnya ke era menuntut kemerdekaan tidak dapat dinafikan. Mereka merupakan penggerak strategi di samping penglibatan para wartawan.

Hal ini berlaku kerana mereka berjawatan dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Kurang kita dengar penoreh getah atau petani yang berperanan sebagai 'ketua' dalam gerakan seperti ini.

Sesungguhnya jasa para guru dan wartawan sebagai pejuang terdahulu sangat besar. Jasa mereka tak patut dilupakan. Namun era sekarang telah berubah. Tidak ada lagi penentangan terhadap penjajah. Tidak ada lagi penentangan untuk kemerdekaan.

Cerdik pandai bertambah dan bercambah di sana sini dalam pelbagai bidang. Banyaknya persatuan dengan pelbagai nama dan berjuang atas nama pembangunan. Jadi, adakah persatuan atau pertubuhan sebegini tidak layak lagi 'glamour' dianggotai oleh para guru?

Arahan perintah am menghalang kakitangan peringkat tinggi menyertai politik. Begitu juga terhadap jawatan-jawatan yang berkepentingan walaupun kakitangan itu berada di taraf N27 dan seumpamanya. Kenapa arahan ini dikenakan? Antaranya supaya tidak berlaku konflik tugas.

Dalam pemilihan jawatan dikhuatiri berlaku lobi melobi. Yang mempunyai 'kelebihan tertentu' pasti menggunakan jawatannya untuk menarik penyokong. Perkara sebegini adalah tidak sihat dan pasti menimbulkan kekecewaan kepada yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. Untuk mendapat sokongan pastinya tipis.

Sehubungan dengan itu, walaupun kategori DG41-48 dibenarkan, tetapi hendaklah diadakan sekatan. Bukan semua pegawai kategori tersebut bertugas di sekolah. Ada yang bertugas di peringkat kementerian, jabatan, di Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua sekolah.

Faham-faham sajalah apabila mereka mempunyai kuasa membuat keputusan atau boleh mempengaruhi kepada keputusan.

Akhirnya saya cadangkan mereka yang berjawatan di peringkat pengurusan tidak dibenarkan terlibat secara aktif dan memegang apa-apa jawatan dalam politik. Hal ini untuk mengelakkan konflik kepentingan. Syorkan mereka bergiat dalam persatuan-persatuan belia dan seumpamanya.
Read more >>

Saturday, January 15, 2011

Guru dan Kemahiran Profesional

Konsep Kemahiran Profesional

Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.


Tiga ciri kemahiran profesional guru.

1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental

1. Bidang kognitif
2. Bidang afektif
3. Bidang psikomotor

Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir

1. Dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.
2. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.
3. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran.

Peranan guru sebagai pemudahcara

1. Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran.
2. Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar.

Kemahiran menggurus bilik darjah oleh guru.
1. Pengurusan rutin bilik darjah
• Kemahiran tersebut termasuklah menanda jadual kedatangan murid setiap hari persekolahan, mengutip yuran yang dikenakan kepada murid-murid, menyemak keadaan fizikal bilik darjah dan sebagainya.

2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah
• Guru harus menyediakan dan mengurus peraturan-peraturan yang perlu ada di dalam bilik darjah. Kita juga harus memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu.
• Memberi ganjaran atau hukuman yang setimpal sekiranya murid-murid melanggar peraturan juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dalam kemahiran mengurus peraturan-peraturan bilik darjah.

Penggunaan komputer dalam pendidikan.

Tiga bidang komputer dalam konteks pendidikan ialah:
1. Komputer Membantu Pendidikan (CAE)
• Iaitu penggunaan sistem komputer yang akan digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran serta membantu mencapai objektif pelajaran.

2. Komputer Membantu Pengajaran (CAI)
• Merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Aplikasi komputer digunakan oleh pelajar terutamanya ketika mengikuti pelajaran terancang atau penggunaan modul-modul pengajaran.

3. Komputer mengurus pengajaran (CMI)
• Penggunaan teknologi dan sistem komputer bagi tujuan mengumpul maklumat data dan menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran di bilik darjah.

Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

1. Kemahiran Belajar
• Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.
• Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.

2. Kemahiran Merancang
Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Read more >>