Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama
Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

DONUT OH DONUT...



Bagi penggemar donut, pelbagai pilihan donut boleh didapati di pasaran....Kalau dulu donut cuma disalut dengan gula, kini pelbagai jenis donut boleh didapati...Pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, mocha, oreo dan yang best "local donut" perisa durian pn ada.

Big Apple Donuts dan Dunkin' Donuts antara franchise donut luar negara yang popular di Malaysia. Tahukah anda, terdapat franchise donut tempatan yang setanding dengan Big Apple dan Dunkin' Donut?

NASH DONUTS & BAKERY.....


Bagi anda yang berada di Perak, Penang dan Kedah, anda boleh mencuba Nash Donuts & Bakery...Nash Donuts & Bakery Sdn Bhd merupakan anak syarikat Nasmir Holding yang juga merupakan sebuah syarikat 100 % bumiputera.Syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai jenis donut, roti, minuman dan makanan ini mempunyai 4 cawangan di mana cawangan utamanya bertempat di Bandar Perda, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Bangunan yang unik dan hiasan dalaman yang menarik serta pelbagai pilihan makanan merupakan suatu tarikan kepada pengunjung...Yang penting, Jika datang ke Pulau Pinang, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan di Nash Donuts & Bakery. Lokasi yang berdekatan AEON Jusco Seberang Jaya menjadi tarikan kepada pengunjung.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi Nash Donuts & Bakery dan sebagainya, sila layari http://www.nashdonuts.com.my/

Read more >>

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

Jom Klick jika nak rebut peluang mendapatkan Smartphone terbaru..
Read more >>

Tuesday, December 14, 2010

SCHOOL HOLIDAY (PART 2)


Salam...

School holiday@cuti sekolah....Macam mana cuti sekolah anda kali ini? Kemana destinasi anda? Memandangkan bonus bulan ini masuk awal disember, aku dah merancang membawa adik-adik aku ke Penang/Pulau Pinang. Memandangkan ayah aku sentiasa busy dengan kerjanya + involved dengan MAHA kt Serdang, kami telah bercuti selama 4 hari 3malam.

Hari Pertama

Aku, ica, wawa, piqah, mak su dan cousin aku zaid bertolak ke Pulau Pinang dari rumah opahku di Kuala Kangsar. Kami sampai di Penang jam 6petang dan destinasi pertama adalah PISA Penang sebab hari terakhir PC Expo...memandangkan mak su, aku dan adik2 ni pasti teruja dengan barangan IT, kami menghabiskan masa hampir 3 jam melawat PC Expo tersebut. Aku cuma membeli external harddisk SAMSUNG 320GB berharga RM163 dan multipurpose card reader RM 5...adikku membeli earphone, mp3 player,pc table fan dan yang pasti mak su yang paling banyak berbelanja...

kesian adik-adikku keletihan...
suasana di PISA semasa PC Expo

Setelah selesai mengunjungi PC Expo, aku membawa adik2ku dan mak su untuk makan malam disebuah restoran masakan Thai yang menjadi tempat favourite aku, Pak Hussin Tom Yam terletak di Sg. Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kedai ini boleh dikatakan setiap malam dipenuhi dengan pengunjung kerana masakan yang superb especially tom yam...Menu pilihan kami malam tersebut adalah:


tomyam ayam
ayam manggo
ikan siakap 3 rasa

Semua nampak berpuas hati dengan makanan pada malam itu....Servis yang cepat dan yang penting harga yang berpatutan...Bg sesiapa yang ingin merasa masakan Thai apabila berkunjung ke Bayan Lepas, boleh mencuba masakan di Restoran Pak Hussin Tom Yam, Sg. Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Selepas semua kekenyangan, apalagi, mata pun mengantuk dan keletihan, kami menuju ke Bandar Perda untuk ke umah mak su sebagai tempat penginapan untuk cuti kali ini...Setelah selesai membersihkan diri dan solat, semua melelapkan mata....

bersambung....







Read more >>

Sunday, December 12, 2010

School Holiday (Part 1)

Salam....

Bulan Disember adalah bulan yang paling bermakna untuk semua orang terutamanya guru dan pelajar...Kenapa?

Pertama: YES (Year End Sales)
Semua orang pasti menantikan mega sales terbesar hujung tahun...Masa ni la semua benda rasa nak beli...yang penting beli ikut kemampuan...Kaum hawa pasti akan rambang mata bila lihat perkataan (SALES)...hehe...dah jadi lumrah wanita suka berbelanja....

Kedua: Cuti sekolah
Cuti sekolah sememangnya dinantikan oleh pelajar sekolah tak kira sekolah rendah, menengah mahupun IPT selepas tamat penggal kedua persekolahan. Guru pun pasti menantikan cuti sekolah setelah banyak menghabiskan masa dengan sekolah, kini masa bersama keluarga...walaupun tidak semua guru bercuti, tapi masih ada segelintir guru perlu datang bertugas disekolah...Inilah pengorbanan seorang guru...

Masa cuti sekolah pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang..
APA YANG ANDA LAKUKAN SEMASA CUTI INI?

Ketiga: Kenduri Kahwin
Cuti ini pasti banyak undangan ke majlis perkahwinan memandangkan ramai yang bercuti...Hari pertama cuti persekolahan 20 November 2010, aku menerima 4 undangan perkahwinan dari rakan-rakan, fida (sahabat sejak dari KMPP hingga UPSI), shuhada(housemate sejak mula mengajar di SMKRTU), izza (guru gstt di SMKRTU) dan joned (ex-schoolmate)....mengikut islam kita perlu dahulukan yang terdekat...jadi aku hanya sempat memenuhi undangan perkahwinan fida & ijam di Sg.Ara(dekat sekolah)...anyway, hanya ucapan selamat pengantin baru yang dapat ku ucapkan kepada rakan-rakanku, semoga kekal hingga ke akhir hayat....



Read more >>

Tuesday, November 2, 2010

SURPRISE...


Spanjang mjadi guru,hari ini dlm sejarah aku dikejutkan dgn kek hari jadi dari student 3murni..terharu sangat2...

Pada mulanya, beberapa pelajar dtg ke bilik guru menjemput aku ke pondok...heran gak, wt pe g pondok...then, haluan diubah ke kantin...zarith(ketua kelas) dan sahidah meminta aku memejamkan mata...sambil dipimpin oleh mereka, aku pn smpai ke kantin...sebaik sahaja membukakan mata, kulihat pelajar 3murni berada dikantin dan sebiji kek comel dihadapanku...memang x disangka...ape lagi, budak2 3murni mula menyanyikan lagu happy birthday....Abis menyanyi, aku memotong kek yang dibawa...

3 Murni the best...smua stdnt kelas aku merasa makan bersama kek yg dbawa..beberapa org budak 3 murni menyuapkan aku kek..speechless!

to all 3murni,all the best..doa cikgu agar smua mdpt keputusan yg cemerlang dlm pmr.
Read more >>

Thursday, October 21, 2010

TONIGHT IS THE NIGHT...

Yahooo..

Setelah menghitung hari, akhirnya tiba saat yg dinanti...setahun sekali ia datang lagi...hehe, jgn confuse...Akhirnya tiba juga malam yang dinanti...Tanggal 15 Oktober 2010...

JAMUAN MAKAN MALAM KELAB GURU & KAKITANGAN SMKRTU...

Beberapa minggu sebelum jamuan, riuh rendah di bilik guru membincangkan pakaian yang akan dikenakan semasa dinner tersebut....bertemakan 1 Malaysia, kebanyakkan guru memikirkan pakaian tradisional bangsa lain untuk dipakai pada malam tersebut....

Kusut memikirkan pakaian yang sesuai, akhirnya aku mengambil langkah untuk pergi "window shopping" dgn housemateku...maka berikut adalah pakaian dan aksesori yg akan dipakai...

Pertama....

Kasut untuk ke majlis makan malam mengganti kasut yg dh rosak..

Kedua
Pouch...x de brand pn tak kisah la..janji cun..

Ketiga
Baju Kurung moden...manik yg disulam membuatkan aku tertarik untuk membeli baju ni...

dan hasilnya.....jeng,jeng,jeng...


haha...posing sakan....(p/s: sekali sekala nk perasan, jgn marah)

pendaftaran seawal jam 7.30mlm di Hotel Vistana. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan
- aluan dari pengacara majlis
- bacaan doa
- ucapan pengerusi kelab guru
-ucapan pengetua
-makan malam bermula dengan iringan lagu-lagu maher zain...

Antara makanan yg menjadi pilihan ku (buffet) adalah...

dessert yang menjadi pilihanku...kek, puding dan aiskrim...

nasi,bihun, paprik ayam, sambal udang, sayur campur, ayam pedas, telur dadar....(siam stail, tp slack xde tom yam)

Sudu yg disediakan di atas meja amat la besar berbanding mulutku yg kecil...hehe...nasib la x bagi senduk ke, sudip ke....

meja aku..kak rozie,hidayati,kak wan aniza, n me.... wah,bertuah gk aku dpt hadiah cabutan bertuah...hehe...

Malam ni boleh lihat guru-guru melaram sakan....








Read more >>

Friday, October 1, 2010

KONVOKESYEN




Salam...

The latest story is about my brother convocation in UTM Skudai...alhamdullilah, after my convocation last 2 years,now i came to my brother convocation...he had been graduated in bachelor of mechanical in education...now he still continue his study in master...

Back to the convocation, this is the second time for me went to UTM Skudai after 10years...(1st time i went to my Mak Su convocation...) the different is i drive to skudai by myself from ipoh to skudai with my mum, dad and youngest sister...it's been a long journey for me...

Ok la,ckp bahasa melayu la (malas nk speaking london) perjalanan dr ipoh seawal 8.30 pagi...memikirkan perut yg masih belum menerima makanan, maka singgah la di R&R tapah.....untuk sarapan, kami memilih menu nasi lemak...selesai isi "minyak", maka perjalanan disambung...n next station berhenti di uitm shah alam untuk menghantar beberapa barang yg dipesan oleh adk aku...berhenti sat je...

Perhentian seterusnya di R&R Ayer Keroh, melaka....disebabkan masih kenyang, makan tengah hari ala western la, ayah blanja mkn A&W....ambik bege sorg sebijik dgn rut bir...lama sungguh rasanya aku x mkn A&W....selepas mengisi minyak keretaku yang semakin kosong....perjalanan diteruskan tanpa henti lagi ke JB....cuaca yang cerah dari ipoh ke melaka bertukar hujan lebat selebat-lebatnya sehingga ada kereta berhenti dibahu jalan dengan lampu kecemasan dinyalakan (jgn dibuat, bahaya), ada kereta yang terbabas dari arah johor ke melaka....semua membuatkan mak semakin risau untuk meneruskan perjalanan....ayah dgn tenang berkata, drive je, xyah berhenti....

Akhirnya sampai di tol jb untuk mencari exit ke skudai...memandangkan 1st time drive ke skudai, dgn confidentnye aku ikut signboard skudai...UTM.....smpi di UTM jam 3.30ptg...

Disebabkan tak tau selok belok utm, maka adik aku menjemput kami dengan moto(kesian dh la hujan),aku pn follow dr belakang motonya ke salah satu kolej di UTM (dkt bilik SRM dia)...

Memandangkan hari dh lewat dan badan pn dh letih, kami pn membungkus makan malam di kafe kolej dan bergerak ke hotel yg telah di booking...rehat smpi lepas maghrib...

Awal2 pagi, 7pg kami dh check out dr hotel dan bergerak ke utm.....








Read more >>

Friday, August 27, 2010

MERDEKA!!


Salam....

Dah lama tak menulis....busy dgn kerja2 + laptop wat hal....

Hari ni 27 Ogos 2010,sambutan nuzul quran dan 4 hari lagi sambutan kemerdekaan
ke-53....Disebabkan 31 Ogos 2010 jatuh pada bulan puasa, maka sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan sehari sebelum puasa....

Untuk sambutan kemerdekaan tugasan yang aku terima adalah untuk menyediakan kad hari lahir kepada warga SMKRTU yang lahir pada 31 Ogos dan penanda buku dibantu oleh Diyana....kebetulan laptop semakin "bengong" wat hal je plak....(tp akhirnya siap gak)...Nasib baik 5 orang je yang lahir 31 Ogos, kalo 50, pening den...hehe...

So, inilah hasil kad hari lahir yang direka oleh aku sndiri hasil dari penggunaan adobe photoshop cs3.....

Tugasan seterusnya, perarakan motor dan kereta berhias...local car yang dipilih adalah perodua myVi...siap ada pertandingan motor berhias pelajar dan deklamasi sajak oleh guru-guru SMKTRU..Masa ni la terserlah bakat terpendam guru mendeklamasi sajak (x sangka cikgu sains bersemangat baca sajak,hehe)

Penutup nyanyian lagu patriotik dan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! oleh PK HEM, En. Zaidi b. Hamzah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53...

*gmbr2 de dlm facebook...
Read more >>

Tuesday, August 10, 2010

KEJUARAAN KE TIGA...

TAHNIAH....Kejuaraan ketiga tahun ini......

Selepas mendapat johan pertandingan kawad peringkat sekolah dan peringkat daerah Barat Daya,Kor Kadet Polis SMKRTU mencatat sejarah sebagai johan penembak wanita terbaik peringkat daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan tempat ketiga.

Seawal jam 6.30 pagi, anggota Kor platun Kadet Polis SMKRTU berkumpul dihadapan Balai Polis Bayan Baru. Setiap sekolah yang mempunyai platun kadet polis telah menghantar 20 orang wakil untuk Menembak M16 yang diadakan di Padang Tembak, IPD Kulim. Antara yang terlibat SMK Raja Tun Uda, SMK Sg.Ara, SMK BAtu Maung, MRSM Seri Balik Pulau, SMK Seri Balik Pulau dan SMK Teluk Kumbar.

Jam 7.15 pagi, 5 buah trak polis dan bas MRSM sudah berada di perkarangan Balai Polis Bayan Baru. Koperal Hisham dari bahagian Hal Ehwal Awam telah memberikan penerangan kepada semua sekolah yang terlibat...

Aku turut menaiki trak selepas meninggalkan MyVi ku di balai polis. Yang paling best, kami berkonvoi bermula dari balai polis bayan baru ke IPD Kulim diiringi kenderaan polis...Sepanjang jalan dengar siren kereta polis pengiring (rasa cm VIP, hehehe...) Mana taknye, setiap kali jalan sesak, lampu trafik mahupun roundabout, siren kereta polis kedengaran untuk memberikan laluan kepada kami...

1st time aku ke padang tembak seumur hidup....Setiba disana, semua kadet diminta beratur mengikut platun masing2 untuk mendengar taklimat. Selesai taklimat, semua pelajar dan platun komander (guru kadet) diberi sarapan nasi lemak..

Selesai sarapan, setiap ahli kadet masuk ke detail yang telah diberikan semasa latihan di IPD Barat Daya....bunyi tembakan membingitkan telinga...rasa nak pecah gegendang telinga aku...Ade juga yang melatah terkejut mendengar bunyi tembakan dilepaskan. Setiap ahli kadet dibekalkan satu magazine untuk diisikan 20 butir peluru hidup. Mereka diminta menembak sasaran dalam keadaan meniarap dengan sasaran sejauh 100 meter...

Macam2 gaya, yang takut pun ada...bukan nak tembak harimau, tembak sasaran yang tak bergerak pun nak takut...
.(al-maklumla, budak baru belajar)....Selesai pelajar, giliran platun komander plak...aku punya la excited nak tembak...kalo kadet dapat 20 peluru, setiap guru diberi peluang menembak dengan 40 butir peluru...peluang terbaik dalam hidup menembak menggunakan M16, memang best tak terkata....nak mintak lagi peluru, x ley plak...Sebelum menembak, jurulatih aku, Konstable Anas memberi tips untuk menggelakkan sentakan yang kuat oleh M16 semasa menembak. Alhamdulilah, tak de rasa sakit pun wpun ade la bekas skit kt bahu kanan aku...anyway, i really apprieciate this chances....

Habis turn platun komander, turn jurulatih plak...Kalo kami tadi diberi peluang menembak menggunakan laras kpd semi (tekan sekali, 1 peluru keluar), jurulatih menunjukkan aksi masing2 menembak menggunakan laras Auto....mmg best cm kt bunyi tengah perang lak...huhu...

Selesai semua menembak lebih kurang 120 kadet, 8 guru pengiring dan jurulatih mula menjamu makanan tengah hari....Kemuncaknya adalah penyampaian hadiah....Hadiah diberikan kepada penembak terbaik lelaki dan perempuan, tempat pertama hingga ketiga serta sijil penyertaan disampaikan oleh Tuan Saiful, IPD Barat Daya kepada semua platun komander....


Read more >>

Monday, July 26, 2010

LATIHAN MAKERTERI SENJATA M16 KOR KADET POLIS DAERAH BARAT DAYA.




26 Julai 2010.....

Hari ini dalam sejarah aku berkesempatan memegang dan mengendalikan sendiri senjata M16...selalu tengok dalam tv je, kini live dengan menggunakan 5 deria yang dikurniakan..

Perjalanan bermula dengan menaiki van POLIS dari sekolah ke di

IPD Barat Daya. Selalunya dengan trak, kali ini IPD menyediakan 2 buah van untuk membawa
kelaparan..Jadi, apa lagi semua bergerak dalam kumpulan ke kantin untuk bersarapan....Disebabkan kelewatan maklumat bahawa makanan tidak disediakan, ada pelajar yang tidak membawa wang poket secukupnya....nasib baik ada guru penasihat yang bermurah hati (kak wan yang sangat pemurah) untuk belanja anggota yang tak bawak duit....murah rezeki kak wan...

So, selesai sarapan, semua bergerak ke dewan untuk pemeriksaan anggota setiap sekolah. Pelajar dikehendaki duduk dlam baris bertiga-tiga mengikut sekolah masing-masing.

Taklimat pertama berkenaan dengan pengenalan M16, bahagian-bahagian dan cara pengendalian...selesai taklimat, pelajar dan guru-guru diberi peluang untuk mengendalikan M16 dibantu anggota polis yang bertugas..real tu....selalu main dalam computer games je....boleh tahan berat gak....

Info: Berat M16 (tanpa peluru) = 2.9kg
Panjang M16 =

Selesai taklimat dan sesi soal jawab, semua anggota dikehendaki melakukan




Read more >>

Afgan- PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to [*][**][***]

Back to [**][***]
Read more >>

Wednesday, July 7, 2010

CAMPUS LIFE!!

Campus life!!! I miss it so much....but now it just become my history of life....

1st time melangkahkan kaki ke kampus semasa pendaftaran, aku bsyukur sangat sebab impian aku selama ini untuk menyambungkan pengajian di IPTA menjadi kenyataan...sbb ape aku kate cmtu? why i said this because i just an "average student" compared to all my friend since primary school, high school and even in matriculation..

TAPI....Usaha Tangga Kejayaan....Akhirnya usaha gigih aku selama ini membuahkan hasil....

Why i miss my campus life?
1. Disanalah aku berubah menjadi seorang yang berani....Berani bergaul dengan orang lain...Bukan ape, al-kisah aku ni sebenarnya pendiam dlu...Tp bila dikampus, aku mula giat melibatkan diri dengan kegiatan kampus...Benarlah kata orang,berkawan biar seribu,bercinta biar satu....opsss...bercinta?tangguh dlu....blajar bg abis dlu...

2. Housemates....
Dikampus, kita tak lagi tinggal dlm dorm cm skolah asrama...1st year semua freshie wajib duduk kolej...knape?sebab budak baru mane ade duit nk sewa rumah + x bpe tau jalan lagi...hehe..al-maklumlah tempat baru....Back t0 housemates, 1st year kolej aku bentuk apartment, 3 bilik 2bilik air,dapur dan aku dapat dok paling atas tingkt 5 (xde lif tau)...kena la turun naik tangga angkat barang....lau bulan puasa lg la..penat panjat tangga...huhu...housemate aku dari pelbagai negeri dan berbeza latar belakang...termasuklah berbeza course...housemate semua "sekepala"...tu yang best...tp ble dh 2nd year cari umah sewa dgn kawan2,bukan ape nk dekat kampus, tak yah berebut bas hari2+angkat barang setiap ujung sem (asyik nk packing,dh la barang banyak)...lau dok umah sewa, mcm2 aktiviti hujung minggu bersama housemate....yg wajibnya, pergi ke pasar malam setiap hari sabtu....jalan kaki,jauh tau....tp ble ramai2 dh tak rasa...mana taknya, sambil jalan dok gelak2...
3. Study....
Bila dh blaja kt IPTA, semangat belajar timbul bila tengok orang lain dok study...belajar dalam kuliah memerlukan kebijaksanaan kita mencari maklumat tentang subjek yang diambil...kenapa? Sebab di IPTA, pensyarah tidak seperti cikgu sekolah, mengajar satu per satu sampai faham....Pensyarah hanya menyampaikan fakta tentang course yang diambil...kalau tak faham, kena pegi library cari buku rujukan dan cari maklumat tambahan...kalau malas, alamatnya sampai bila pn tak paham...sesetengah course, ade tutorial class....What is tutorial class? Kelas tutorial ini dikendalikan oleh pensyarah untuk course yang memerlukan latihan yang banyak, contoh matematik, subjek berkaitan sains dsb....Pensyarah semasa kelas tutorial hanya sebagai penasihat atau sebagai tempat pertanyaan pelajar sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan latihan atau apa saja yang berkaitan dengan kuliah...

4. Assignment
Kalau sebut IPTA, tak kan lari dengan perkataan assignment....Assignment yang diberikan pensyarah membawa peratusan kepada Ujian Semester (% berbeza-beza)...Assignment sama ada individu atau berkumpulan....masa ni la nk pergi cari bahan, wt group discussion dsb...rindu lak lama tak wt assignment...

akan bersambung da...



Read more >>

Tuesday, July 6, 2010

PJJ (Percintaan Jarak Jauh)

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Read more >>

Tuesday, June 29, 2010

K etahuilah OlehMU

K etahuilah OlehMU Exclamation Mark.gif

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.



Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Read more >>

Sunday, June 27, 2010

Cupcake










Trend masa kini....


Selalu pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa sayang dengan menghadiahkan sejambak bunga, sekotak coklat, barang kemas dan sebagainya....Tapi sejak akhir-akhir ini, perasaan dizahirkan diatas kek....Jangan pelik....ni bukan kek 1kg, 2kg....tapi cupcake @ kek cawan....
Kalau dulu dengan Secret Recipe, kini peminat kek mula berkunjung ke kedai-kedai kek yang menjual cupcake....Pelbagai design boleh didapati hanya diatas satu kek cawan dan terdapat pelbagai perisa, moist cupcake,
blueberry, orange, vanilla, strawbery, green tea pn ada.....
Apa yang menariknya adalah corak atau design diatas kek ini....Ia menjadi tarikan kepada pengemar kek seperti saya dan mereka yang tak mampu nk makan kek sampai 1kg....
* design juga boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda....

Trend terbaru menghadiahkan cupcake sebagai menggantikan kek hari jadi anak tersayang, ulangtahun per "couple"lan, untuk majlis pertunangan termasuklah majlis perkahwinan....

Trend ini mula menjadi pendapatan kepada perniagaan online yang memasarkan cupcake mereka menggunakan website dan blog untuk memaparkan cupcake design sendiri serta mengambil tempahan.....


Terima kasih kepada pengirim gambar ini kerana tahu kegemaran terbaru saya......

p/s: kalo minat sangat pn jgn makan berlebihan, boleh memudaratkan kesihatan....
Read more >>

Hari Sabtu























Salam,

Setiap orang pasti menantikan waktu cuti hujung minggu untuk merehatkan badan dan minda dari segala tugas yang dilakukan. Sabtu minggu baru-baru ni(semalam), aku bersama rakan setugasku membawa pelajar kebanggaanku, pasukan kadet polis(P) sekolah aku ke SMK Sg.Nibong sebagai jemputan membuat persembahan kawad sempena Hari Kokurikulum disana. Kadet Bomba (L) dari SMK Batu Maung dan pasukan Kadet Polis(P) SMK Raja Tun Uda dijemput mengadakan persembahan kawad kerana telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat daerah Barat Daya baru-baru ini.


Jam 8.oopagi semua anggota kadet berkumpul di padang sekolah dan melakukan latihan terakhir bagi memastikan persembahan terbaik dapat dilakukan nanti. Kemudian, anggota diberikan rehat dan makan sementara menunggu bas yang disediakan oleh pihak sekolah.

Janji pukul 8.30pagi,tapi bayang bas pun tak nampak lagi walaupun jam menunjukkan pukul 9.00pagi. Kak wan(rakan setugas) menelefon pemandu memberi tahu tentang kelewatan bas, dan akhirnya jam 9.40 pagi bas pun tiba di hadapan sekolah.

Hampir pukul 10 pagi, kami tiba di SMk Sg. Nibong dan disambut oleh PK Koko dan beberapa orang guru. Kami sempat melihat pertandingan kawad kaki pengakap dan KRS SMK Sg.Nibong. Hebat juga persembahan mereka. Setelah selesai pertandingan kawad, pasukan kami telah dipanggil untuk melakukan persembahan sementara menantikan hakim mengira markah.Pasukan kami telah diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja memasuki padang sekolah. Semua anggota telah melakukan yang terbaik setelah melakukan latihan setiap petang dengan bantuan jurulatih.

Aku sempat melihat sekeliling sekolah tersebut. Pandanganku tertarik melihat maskot Star Wars yang berjalan di sekeliling sekolah sambil mengusik hadirin. Ada yang menjerit terkejut..
Selesai persembahan kawad, kami menerima sijil penghargaan pihak sekolah. Pelajar diberikan makanan dan berehat sebentar sambil aku dan kak wan dijemput oleh pihak sekolah ke jamuan ringkas. Alhamdulilah, rezeki jangan ditolak.

Selesai makan, kami ke tempat pelajar. Bukan main lagi mereka posing ambik gambar. Apa pun, semuanya selesai dan berjalan lancar.Thank's to all my student.


Read more >>