bahan-bahan:
- 1 ekor ikan jenahak / merah
- 1/2 camca teh garam
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 5 - 6 biji cili padi, dititik*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 2 ulas bawang merah,sedikit halia,2ulas bawang putih ditumbuk* utk perap
Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam dan bahan yang ditumbuk perap.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
p/s : Resepi ni bagus bagi mereka yang nak diet atau ingin mengembalikan semula kekuatan antibodi badan yang lemah akibat demam.
0 comments:
Post a Comment