Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Monday, December 13, 2010

NKRA - NATIONAL KEY RESULT AREA

NKRA atau dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 9 April 2009. NKRA bertujuan sebagai mengukur prestasi pencapaian Menteri, anggota pentadbiran dan penjawat awam berdasarkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

11 Julai 2009
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan 6 bidang NKRA iaitu:
i)Mengurangkan Kadar Jenayah
ii)Memerangi Rasuah
iii)Meluaskan Akses Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan
iv)Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
v)Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman
vi)Menambah Pengangkutan Awam dalam jangkamasa sederhana.

NKRA Pendidikan
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, 4 sub NKRA telah dikenalpasti iaitu

i)Prasekolah
Memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada semua kanak-kanak kerana asas yang kukuh kepada pendidikan awal dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada pendidikan diperingkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian mendapati sekiranya seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran yang tinggi daripada peringkat awal pendidikan, maka peluang untuk berjaya akan semakin meningkat.

ii)LINUS
SubNKRA LINUS yang diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis.
Penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun1 sehingga Tahun3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.

iii)Sekolah Berprestasi Tinggi
SubNKRA ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan watak diberikan pengiktirafan
yang
sewajarnya.
Selain
itu
pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecemerlangan keperingkat yang paling tinggi diperingkat dalam dan luar Negara.

20 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


iv)Tawaran Baru kepada Pengetua/GuruBesar.
SubNKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing. Pemimpin sekolah yang berkesan boleh meningkat pencapaian pelajar sebanyak lebih 0.1% sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada pencapaian Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan prestsi murid-murid. Oleh itu, bagi Pengetua dan Guru Besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah, maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan sebagai menghargai usaha yang telah mereka laksanakan.


Sila klik di bawah untuk muaturun maklumat mengenai NKRA

0 comments: