Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Saturday, September 17, 2011

Percubaan SPM 2011 (Terengganu)



Muaturun soalan berikut:

Matematik Tambahan

Matematik


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?b491e67f5ff2fc482fa709cf90c977f9
Read more >>

Tuesday, July 26, 2011

Samsung Raya!!!! Nak tau?

Read more >>

Sunday, July 24, 2011

CALCULATOR GRAPHIC in MICROSOFT MATHEMATICS


Salam...kepada guru-guru matematik dan para pelajar, di sini saya ingin berkongsi satu perisian (software) matematik yang boleh membantu anda...Semalam, semasa kursus LDP di sekolah, kami telah didedahkan dengan software MICROSOFT MATHEMATICS..

Microsoft Matematik boleh membantu guru dan pelajar melakukan kerja dengan mudah dan cepat. Pelajar boleh belajar menyelesaikan persamaan langkah demi langkah disamping memahami konsep asas algebra, trigonometri, fizik, kimia dan kalkulus.

Microsoft Matematik juga mengandungi kalkulator grafik yang boleh digunakan seperti kalkulator grafik yang sedia ada. Tools yang terdapat dalam perisian ini boleh membantu anda mengira segitiga, menukarkan satu sistem unit kepada unit yang lain dan menyelesaikan persamaan.

Cara download:
1. Sila layari laman web ini...

2. Klik butang DOWNLOAD di sebelah MSetup.exe (bergantung kepada versi yang sesuai) dan save fail tersebut dalam hard disk.

3. Klik dua kali (double click) program yang telah di download dalam hard disk untuk memulakan Setup program.

4. Ikut arahan di skrin untuk melengkapkan installation.

Selamat mencuba (^_^)
Read more >>

Friday, July 22, 2011

MENEMBAK M-16


Salam...

18 Julai 2011 bersamaan hari isnin, 30 anggota kadet polis SMKRTU telah menyertai pertandingan menembak M-16. Tahun ini kali kedua cikgu shaza berpeluang menembak M-16 bersama budak kadet polis...

Pertandingan dianjurkan oleh PPD Barat Daya dengan kerjasama IPD Balik Pulau bertempat di Lapang Sasar ATM Sg. Dua (dekat dengan USM). Seramai 250 anggota kadet polis menyertai pertandingan tersebut.

Pelajar dibekalkan dengan 20 butir peluru hidup dan guru sebanyak 40 butir peluru..Pertandingan menembak M-16 memang ditunggu setiap tahun...dan yang manisnya, Kadet Polis SMKRTU dinobatkan sebagai Penembak Terbaik (Perempuan) Daerah Barat Daya sebanyak 2 tahun berturut-turut....

Terima kasih kepada penganjur dan diharap dapat diteruskan tahun hadapan....

KADET TERUS MAJU....









Read more >>

Friday, March 18, 2011

Ilmu matematik ajar manusia hidup lebih bersistem, efisien

Kadangkala, ada suara yang kedengaran memperkatakan apakah sebenarnya kepentingan ilmu matematik dalam peradaban kehidupan manusia. Saya sebagai guru Matematik ingin mengatakan betapa pentingnya ilmu Matematik ini dalam hidup Manusia. Mari kita lihat situasi ini.

"APA saiz kasut awak?"

“Berapa ketinggian awak?”

“Berapa berat badan awak?”

Demikian antara pertanyaan profesor matematik terhadap setiap orang ditemuinya dalam novel Yoko Ogawa, The Housekeeper and The Professor (2009). Bagi profesor yang mengalami penyakit memori singkat itu, hanya angka dan ungkapan matematik saja yang mudah difahami dan diingatinya. Selain itu, memang tidak diingati lebih 80 minit termasuk rupa, nama, sejarah, peristiwa, benda, foto apatah lagi konsep bukan matematik.


Maka sepanjang perbualan dalam novel itu, profesor itu hanya mengungkapkan semua hal membabitkan angka dan formula matematik. Menariknya, pembantu rumah dan anak lelakinya juga terpaksa ‘belajar’ matematik untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan profesor itu.

Novel itu begitu bermakna kepada saya. Setiap kali saya dijadualkan bertemu tokoh matematik, saya akan membaca kembali novel itu untuk membolehkan saya mengungkapkan pemikiran saya secara matematik walaupun pada hakikatnya pengetahuan matematik saya sangat terbatas.


Sepanjang minggu ini, kampus UTM Johor Bahru dikunjungi sekumpulan ahli matematik diketuai Prof John Ockendon, Pengasas Oxford Centre for Collaborative Applied Mathmetics (OCCAM), Universiti Oxford. Selari dengan program kerjasama akademik antara Oxford dan UTM, mereka mengendalikan bengkel Mathematics in Industry Study Group (MISG) yang ditaja King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), Arab Saudi.
MISG, jenama dikaitkan dengan Prof John Ockendon. Menerusi MISG, pihak industri tampil mengemukakan pelbagai isu dan masalah dari segi proses, kejuruteraan, pengurusan, perancangan dan sebagainya. Di satu pihak lain, ahli matematik khususnya di kalangan akademik akan berusaha memahami persoalan sebenar dan mengungkapkannya dalam formula matematik. Banyak kaedah boleh digunakan termasuk permodelan, simulasi dan sistem pakar yang akhirnya membolehkan pihak industri merancang dan menggunakan sumber secara lebih efektif serta efisien.

Sepanjang minggu ini lebih enam isu industri dibincangkan oleh lebih 100 ahli matematik dari pelbagai bidang dan institusi. Program yang turut ditaja MIMOS itu juga dijangka akan menjadi acara tahunan bagi membolehkan ahli matematik lebih menyerlah dalam konteks pembangunan industri.


Kita juga berharap kehadiran ramai tokoh matematik ternama ke Malaysia akan membuka lebih banyak ruang membudayakan matematik dalam konteks lebih luas dan produktif. Dalam konteks yang lebih tepat, matematik perlu dihayati untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, kreatif dan santai.

Ketika berbual dengan Prof Ockendon semasa melawat pejabatnya di Oxford tahun lalu, beliau memperihalkan peranan matematik dalam mengubah minda dan menyediakan landasan pemikiran lebih kukuh.

Ketika menikmati hidangan makan malam pada awal minggu ini di Johor Bharu, saya cuba berbual dengan penuh angka dan rumus matematik. Secara berjenaka saya menyebut dalam satu ucapan bahawa saya boleh meneka latar belakang akademik seseorang penutur ketika mereka memberi ucapan, khususnya ahli matematik.



Beliau bertanya apa kelainan ahli matematik? Jawab saya, gaya dan cara mereka berucap seperti persamaan terbitan (differential equation). Jawapan sedemikian memang mengundang perbahasan dan lebih banyak tanda tanya. Itu yang menggegarkan perbualan kami sepanjang dua jam mengadap hidangan makan malam!

Hal ini tidak jauh bezanya dengan perbualan profesor dan pembantu rumah dalam The Housekeeper and the Professor. Segala hal dituturkan berkait dengan angka, formula dan teori matematik, walaupun dengan seorang pembantu rumah dan anak lelakinya.

Keindahan matematik hanya boleh difahami mereka yang mencintai ilmu, menghayati resam kesarjanaan yang tinggi dan utuh. Itu sebabnya hampir semua tokoh ilmu sebelum bermula Revolusi Industri di Eropah adalah pakar dalam sesuatu bidang yang juga mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam.

Dalam tradisi keilmuan Barat, Leonardo da Vinci, misalnya pakar matematik, sekali gus ahli falsafah dan pelukis ternama. Begitu juga dalam tradisi Islam menerusi Ibn Sina dan Alkhawarizmi. Hakikatnya matematik adalah asas ilmu untuk membolehkan kita berfikir secara logik, teratur dan bersistem.

Selepas mengikuti pengajian wajib selama 11 tahun di sekolah, seluruh warga Malaysia seharusnya sudah mampu mengira dengan betul, memahami pelbagai teori asas matematik, biarpun tidak sampai ke tahap si pembantu rumah dalam karya Ogawa itu dengan teori angka dan teori terakhir Ferment. Sekurang-kurangnya kita wajib memahami bahawa 28 ialah nombor sempurna!
Read more >>

Wednesday, March 16, 2011

Gejala Buli : Sampai Bila Kesudahannya

Perkembangan mutakhir telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara kita berhubung dengan disiplin para pelajar di negara ini. Perbagai pihak telah memberikan pandangan berhubung dengan perkara ini, dan tidak kurang juga yang memberikan alasan-alasan mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para pelajar terutamanya yang berada di peringkat sekolah menengah.
Apa yang pasti ialah rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan musibah keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar kita. Dan pastinya juga pelbagai persoalan timbul di benak fikiran kita. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibubapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini? Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya para pelajar ekoran berlakunya kes-kes buli yang dahsyat dan juga kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak sekian lama sehingga kini cukup memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan pelajar kita, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar yang beragama Islam.

Laporan terkini di dada-dada akhbar mengesahkan bahawa dalam bulan Februari 2009 sahaja sudah ada tiga kes buli yang dilaporkan dengan satu daripadanya menyebabkan kematian. Kematian adik Mohd. Hadzrin Mohamad, di Cheras pada 21 Februari lalu setelah koma lapan hari akibat dipukul oleh sekumpulan 24 orang remaja adalah satu kes yang cukup menyayatkan hati kita semua. Sementara itu di salah sebuah sekolah di Mukah, Sarawak pula peristiwa buli yang berlaku dirakamkan dan disiarkan ke dalam internet. Malah banyak lagi kes-kes buli yang berlaku yang kita pasti tidak dilaporkan kerana takut perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


Jika kita mengimbau kembali kes-kes buli yang pernah berlaku di negara ini, mungkin akan segar kembali ingatan kita kepada kes buli yang menimpa adik Muhamad Afiq seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lipis yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak dibelakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari. Begitu juga dengan kes adik Mohd. Hafizi Jumhari, seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Batu Pahat yang kehilangan sebelah buah pinggang, kecederaan di hati, limpa, hempedu dan pundi kencing akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar pada tahun 2003. Lebih malang lagi apabila kes buli yang turut menyebabkan kematian seorang pelajar bernama Mohamad Farid Ibrahim hanya kerana enggan meminjamkan alat pemanas air, beliau diperlakukan seperti binatang dan dibelasah dengan kejam sehingga mati.

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Sekolah seolah-olah bukan lagi tempat yang selamat untuk para pelajar. Kalau dulu sekolah dapat berperanan di dalam memberi perlindungan kepada para pelajar daripada keganasan, namun kini persekitaran di sekolah mendedahkan mereka kepada keganasan di mana mereka juga akan mempelajari keganasan. Mereka terdedah kepada hukuman di dalam bentuk fizikal dan hukuman di dalam bentuk psikologi yang agak kejam dan memalukan, serta keganasan yang berdasarkan jantina dan berbentuk seksual, dan sebagainya.

Menurut kajian gangsterism di sekolah menengah harian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia (Abdullah Sani Yahya, 2005), daripada 1560 buah sekolah di Malaysia, 459 daripadanya terdedah kepada budaya dan pengaruh gangsterim. Berdasarkan kepada kajian ini, kita sangat bimbang apakah bentuk kegananasan yang akan lahir pula di sekolah-sekolah di negara ini beberapa tahun akan datang.

Selain itu kita juga sangat bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah "madu diberi, tuba yang dibalas".

Mungkin segala apa yang telah berlaku ini akan terjawab apabila kita sanggup memuhasabah diri dan seterusnya mengkaji serta menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan terutamanya golongan remaja dalam sesebuah masyarakat dan negara.


Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, kita semua harus insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal atau tidak formal.

Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita juga perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu sahaja, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua - meliputi individu, ibubapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.

Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri dengan mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat serta memilih pengalaman hidup yang bermanfaat bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang tepat dan dapat diterima oleh agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan secara menyeluruh. Tegasnya, pendidikan adalah tanggungjawab setiap individu dan dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Dari sudut penakrifannya, pendidikan adalah "suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan". Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas telah mendefinisikan pendidikan sebagai "satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia". Sementara Dr. Abdul Halim el-Muhammady pula menyatakan bahawa "pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan muktabar dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang soleh". Dan Imam al-Ghazali pula mengatakan "pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik". Secara umumnya, daripada pandangan-pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ianya proses yang mengambil masa yang panjang.

Walau apapun takrifan yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Kebiasaannya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih bagi menyalurkan ilmu dan maklumat.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan menyampaikan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Para pelajar sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak ‘commited' atau bersungguh-sungguh, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh seperti cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.

Sementara dalam penyaluran ilmu yang tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibubapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat buruk daripada menjadi amalan dalam rumahtangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak-anak jika ibubapa setiap hari menghantar anak ke kelas fardu a'in tetapi si anak mengetahui ibubapanya tidak pernah solat atau cuma ke masjid seminggu sekali.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada bersikap "cakap tak serupa bikin" untuk memastikan keberkesanan kepemimpinannya. Ini sebenarnya juga suatu bentuk pendidikan. Mereka yang dipimpin akan sentiasa melihat dan menilai apakah yang dilakukan oleh pemimpin dan bagaimanakah rupa bentuk akhlak yang diperlihatkan oleh pemimpin mereka.

Pendeknya, untuk melahirkan golongan pelajar yang berakhlak mulia, ianya memerlukan kepada penglibatan yang bersungguh-sungguh dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin mereka. Kita tersangat bimbang masa depan para pelajar kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.
Read more >>