Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Thursday, January 13, 2011

Dimana rasisnya Interlok? Yang Di Baca dan Yang Di Bakar...

Bila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah di bakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada towkay China.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak-anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini di zaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Disini saya ingin membuka ke satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.


Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut penglupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupayaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.

Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisma. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini di beri nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda disini bukan ilmih yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Bengali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Bengali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.

Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

‘Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…"’

Di atas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu di mana konsep prasangka, rasisma dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Talikom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasong.

Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisma yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisma memerlukan satu idealogy untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British diladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandor dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.

Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memilki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan - pariah - ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamal sistem kasta.

Jangan silap faham disini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada Tanjung ini.

Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh lima tahun dahulu. Di dalam buku ini ada menggunakan perkataan ‘nigger’. Pada tahun-tahun 60’an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru dimana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.

Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau dipanggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru dimana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - di zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rasheed (763-809) dan dizaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Di zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.

Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisma tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

Membakar buku untuk menunjukan tentangkan adalah senang. Buku Salman Rushdi dibakar. Buku Tunku dibakar dan kini buku Andullah Hussain pula dibakar. Nyatalah sosok-sosk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang India di Malaysia ini merasa diri mereka di tindas. Peratus orang India dalam penjara tinggi berbanding dengan jumlah penduduk. Ramai anak-anak muda India mati di bunuh mata-mata di pelbagai rumah pasong. Ramai orang India tidak memiliki kad pengenalan dan hidup merempat.

Penindasan terhadap orang India ini dilakukan oleh kerajaan yang berpandukan falsafah Ketuanan Melayu. Semua ini betul dan saheh. Tetapi jawapan untuk membebaskan diri dari penindasan ini bukan dengan melupuskan perkataan keling atau menghapuskan konsep pariah. Ianya memerlukan lebih dari itu.

Untuk membebaskan diri tangga awal wahid ialah membaca. Melalui pembacaan buku-buku berkemungkinan dapat digarap satu pemikiran yang akan membawa harapan dan pembebasan. Membakar buku tidak mendatangkan apa-apa faedah malah mencemarkan udara. Amat ironis, si pembakar buku tidak mungkin akan akan dilihat berkulit puteh, bermata biru dan berambut merah walau pun membakar Intelok sebagai satu kempen politik untuk membakar semangat kaumnya.
http://tiubbocor.blogspot.com/2011/01/yang-dibaca-dan-yang-di-bakar.html?zx=525147cef87caf01
Read more >>

Tuesday, January 11, 2011

Al kisahnya : Selamat Pagi Cikgu



Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s : sekadar satu jenaka
Read more >>

Al kisahnya : Bila Cikgu Sembang Kat Bilik Guru



Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing...

Guru A:Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Guru B: Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Guru A: Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..
Read more >>

JPN perlu rancang penempatan guru






Perpindahan mendadak beri tekanan, jejas pembelajaran
JABATAN Pelajaran Negeri (JPN) wajar melakukan perancangan teliti berkaitan penempatan guru supaya tidak menimbulkan beban tambahan kepada pendidik dengan pertukaran pada saat akhir.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat perpindahan pada Januari bukan saja memberi tekanan mental kepada guru tetapi menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pertukaran secara mendadak turut menjejaskan kesan lebih serius terutama kepada pelajar.

Pertukaran dalam jumlah yang agak besar secara serentak juga kata beliau, menggambarkan sesuatu yang tidak kena dalam proses penempatan guru di peringkat negeri.

“Memang tidak wajar memindahkan guru ke sekolah lain pada bulan ini kerana sesi persekolahan sudah pun bermula. Keadaan ini memang merumitkan dan membebankan guru.

“Urusan pertukaran sepatutnya dilaksanakan lebih awal iaitu sekitar Disember bagi memudahkan proses urusan semua pihak.” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan yang diterima 10 hingga 15 guru di sebuah sekolah menengah di Subang.

Masing-masing katanya, mendakwa menerima panggilan daripada pegawai di JPN Selangor supaya bersedia ditukarkan ke luar daerah pada bila-bila masa. Yim Pheng berkata, NUTP juga tertanya-tanya mengenai tindakan JPN Selangor menukarkan guru dalam jumlah sehingga 15 orang pada satu masa.

Senario itu kata beliau, menggambarkan berlaku lebihan guru di sekolah berkenaan. Lazimnya kadar lebihan guru setiap sekolah hanya sekitar seorang atau dua saja.

“Kalau sampai 10 hingga 15 guru terima panggilan untuk ditukarkan, NUTP pun hendak tahu daripada JPN, mengapa jadi begitu?” katanya.

Beliau berkata, NUTP akan mengadakan mesyuarat khas di ibu negara bersama 12 kesatuan gabungannya untuk membincangkan isu pertukaran guru.

Katanya, pendirian NUTP sekarang ialah guru patut menerima pertukaran dalam lingkungan 40 kilometer dari kediaman.
Hari ni satu artikel tentang penempatan guru-guru telah disiarkan dalam berita harian. Bagi saya, masalah seperti ini seharusnya dapat dielakkan. Jika Pihak Kementerian, JPN dan PPD dan juga Pentadbir setiap sekolah mempunyai penyelasan yang baik dan licin.

Oleh kerana masalah seperti inilah yang memberi implikasi kes lebihan dan kekurangan guru di sesebuah Sekolah. Malah sering juga berlakunya perebutan tempat antara Guru lepasan Universiti dengan Guru dibawah KPM sendiri setiap kali musim penempatan guru.








Contoh jadual penempatan semula Guru Besar
Mekanisme penempatan guru haruslah diperbaiki dengan lebih baik dan berkesan. Disamping penetapan masa yang relevan untuk pertukaran dan perpindahan guru dilakukan. Pastikan Pihak kementerian telahpun mengenal pasti dan memaklumkan lebih awal kepada guru-guru yang hendak ditukarkan dan dipindahkan.

Ini dapat mengelakkan, bebanan tambahan pada guru mahupun pentadbir semasa proses pertukaran. Sedikit sebanyak pentadbir terpaksa merombak jadual tugasan guru yng telah dibuat sekiranya berlaku perpindahan dan pertukaran. Ditambah lagi proses pembelajaran yang telah bermula.
Read more >>

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA



Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan


  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua


Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan


Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan


Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
o Sekolah Akademik
o Sekolah Teknik dan Vokasional
o Sekolah Kebangsaan Agama


(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
o Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.


Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Read more >>

Al kisahnya : Guru dan anak-anak murid



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
Read more >>