Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Wednesday, December 15, 2010

KUMPULAN MENINGKATKAN MUTU KERJA (KMK)

Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta. Bagi mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor awam, kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja.


Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991 mendefinisikan KMK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.


Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber pengurusan yang lain. Bagi memastikan pekerja bekerja dengan seronok, KMK dilaksanakan menggalakan pekerja bekerja secara berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Dengan ini, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti jabatan.


Bagi melaksanakan KMK, tiga syarat yang berikut diperlukan iaitu pewujudan struktur KMK, latihan yang berkesan dan sistem pengiktirafan yang berkesan. Struktur KMK terdiri daripada jawatankuasa pemandu KMK, fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KMK. Setiap individu yang terlibat dalam struktur tersebut memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan projek dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan kumpulan.


Setiap individu yang terdapat didalam sturktur KMK menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK. Terdapat 9 faktor yang menyumbang kejayaan pelaksanaan KMK dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan Perkhdmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 iaitu:


i. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dan komitmen dari pihak pengurusan atasan.

ii. Sistem latihan yang berkesan

iii. Sokongan dari semua peringkat

iv. Pewujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK

v. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat tulis, projector overhead, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya.

vi. KMK dianggap sebagai usaha jaangka panjang. KMK harus dimulakan sevara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan.

vii. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak.

viii. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan.

ix. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah.

Namun begitu, haruslah dititik beratkan bahawa kejayaan dalam pelaksanaan KMK dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Dimana faktor-faktor ini mampu melicinkan lagi draf, kaedah dan pelaksanaan KMK. Hasilnya yang lebih berkesan serta kreatif dapat dicapai.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun 1991.Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Read more >>

Tuesday, December 14, 2010

SCHOOL HOLIDAY (PART 2)


Salam...

School holiday@cuti sekolah....Macam mana cuti sekolah anda kali ini? Kemana destinasi anda? Memandangkan bonus bulan ini masuk awal disember, aku dah merancang membawa adik-adik aku ke Penang/Pulau Pinang. Memandangkan ayah aku sentiasa busy dengan kerjanya + involved dengan MAHA kt Serdang, kami telah bercuti selama 4 hari 3malam.

Hari Pertama

Aku, ica, wawa, piqah, mak su dan cousin aku zaid bertolak ke Pulau Pinang dari rumah opahku di Kuala Kangsar. Kami sampai di Penang jam 6petang dan destinasi pertama adalah PISA Penang sebab hari terakhir PC Expo...memandangkan mak su, aku dan adik2 ni pasti teruja dengan barangan IT, kami menghabiskan masa hampir 3 jam melawat PC Expo tersebut. Aku cuma membeli external harddisk SAMSUNG 320GB berharga RM163 dan multipurpose card reader RM 5...adikku membeli earphone, mp3 player,pc table fan dan yang pasti mak su yang paling banyak berbelanja...

kesian adik-adikku keletihan...
suasana di PISA semasa PC Expo

Setelah selesai mengunjungi PC Expo, aku membawa adik2ku dan mak su untuk makan malam disebuah restoran masakan Thai yang menjadi tempat favourite aku, Pak Hussin Tom Yam terletak di Sg. Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kedai ini boleh dikatakan setiap malam dipenuhi dengan pengunjung kerana masakan yang superb especially tom yam...Menu pilihan kami malam tersebut adalah:


tomyam ayam
ayam manggo
ikan siakap 3 rasa

Semua nampak berpuas hati dengan makanan pada malam itu....Servis yang cepat dan yang penting harga yang berpatutan...Bg sesiapa yang ingin merasa masakan Thai apabila berkunjung ke Bayan Lepas, boleh mencuba masakan di Restoran Pak Hussin Tom Yam, Sg. Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Selepas semua kekenyangan, apalagi, mata pun mengantuk dan keletihan, kami menuju ke Bandar Perda untuk ke umah mak su sebagai tempat penginapan untuk cuti kali ini...Setelah selesai membersihkan diri dan solat, semua melelapkan mata....

bersambung....







Read more >>

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Guru diibaratkan sebagai gedung ilmu. Seseorang guru bukan setakat mempunyai ilmu dalam bidangnya sahaja, tetapi perlu bergerak seiriing dengan arus pemodenan. Pelajar zaman ini sentiasa terdedah dengan penggunaan teknologi dan internet. Guru yang sentiasa mendahului pelajarnya akan menyebabkan guru tersebut lebih dihormati.

Selaras dengan itu, penggunaan ICT bukan sahaja boleh diadaptasi dalam matapelajaran Matematik, Sains dan ICT sahaja malah boleh diaplikasi dalam semua subjek di sekolah. Ini kerana penggunaan ICT ini akan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus menarik perhatian pelajar. Pelajar hari ini sudah bosan dengan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah “chalk and talk” dan akhirnya ramailah pelajar yang akan tidur di dalam kelas.

Penggunaan ICT seperti CD software yang dibekalkan Kementerian Pelajaran,power point, video dan sebagainya banyak membantu kelancaran proses P&P. Bagi menjadikan ia lebih menarik, guru perlu bijak mengintergrasikan penggunaan bahan itu tadi. Sebagai contoh, guru sains tidak boleh terlalu rigid kepada CD yang dibekalkan oleh kementerian, sebaliknya menggunakan selingan dengan video yang berkaitan dengan topik yang diajarkan. Video-video yang berkaitan boleh dimuaturun dari internet seperti youtube akan menjadikan P&P lebih menarik. Guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang subjek yang diajar. Selain itu, guru-guru boleh memberikan laman web yang bersesuaian boleh digunakan oleh pelajar sebagai rujukan.

Bagi memastikan pelajar tidak bosan, guru perlu memastikan pembelajaran diadakan secara dua hala. Jadi, penggunaan makmal komputer, makmal sains dan bilik-bilik khas seperti bilik tayangan perlu digunakan secara menyeluruh oleh semua matapelajaran. Guru-guru sering menghadapi masalah dengan kerosakan peralatan seperti laptop, terpaksa berkongsi menggunakan LCD malah ada LCD yang sudah rosak dan tidak diselenggara. Semua ini menggangu perjalanan proses P&P di sekolah. Perlu diingat, guru hanya mempunyai masa 30 hingga 40 minit untuk satu masa P&P. Masalah-masalah ini hanya melambatkan proses P&P yang telah dirancang. Belum lagi diambil kira masa P&P terpaksa dibatalkan akibat aktiviti-aktiviti sekolah. Bagi memastikan P&P berjalan dengan lancar, peralatan seperti LCD, skrin, dan komputer perlu sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi. Oleh itu, penyelenggaraan peralatan tidak sewajarnya diabaikan.

Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam P&P banyak kelebihannya. Ia dapat membantu merancang pengajarannya supaya lebih tersusun dan menarik. Guru yang celik IT akan lebih dihormati oleh pelajar. Jadikan P&P anda lebih menarik dengan penggunaan ICT.

Read more >>

Monday, December 13, 2010

NKRA - NATIONAL KEY RESULT AREA

NKRA atau dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 9 April 2009. NKRA bertujuan sebagai mengukur prestasi pencapaian Menteri, anggota pentadbiran dan penjawat awam berdasarkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

11 Julai 2009
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan 6 bidang NKRA iaitu:
i)Mengurangkan Kadar Jenayah
ii)Memerangi Rasuah
iii)Meluaskan Akses Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan
iv)Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
v)Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman
vi)Menambah Pengangkutan Awam dalam jangkamasa sederhana.

NKRA Pendidikan
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, 4 sub NKRA telah dikenalpasti iaitu

i)Prasekolah
Memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada semua kanak-kanak kerana asas yang kukuh kepada pendidikan awal dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada pendidikan diperingkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian mendapati sekiranya seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran yang tinggi daripada peringkat awal pendidikan, maka peluang untuk berjaya akan semakin meningkat.

ii)LINUS
SubNKRA LINUS yang diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis.
Penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun1 sehingga Tahun3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.

iii)Sekolah Berprestasi Tinggi
SubNKRA ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan watak diberikan pengiktirafan
yang
sewajarnya.
Selain
itu
pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecemerlangan keperingkat yang paling tinggi diperingkat dalam dan luar Negara.

20 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


iv)Tawaran Baru kepada Pengetua/GuruBesar.
SubNKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing. Pemimpin sekolah yang berkesan boleh meningkat pencapaian pelajar sebanyak lebih 0.1% sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada pencapaian Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan prestsi murid-murid. Oleh itu, bagi Pengetua dan Guru Besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah, maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan sebagai menghargai usaha yang telah mereka laksanakan.


Sila klik di bawah untuk muaturun maklumat mengenai NKRA

Read more >>

Sunday, December 12, 2010

School Holiday (Part 1)

Salam....

Bulan Disember adalah bulan yang paling bermakna untuk semua orang terutamanya guru dan pelajar...Kenapa?

Pertama: YES (Year End Sales)
Semua orang pasti menantikan mega sales terbesar hujung tahun...Masa ni la semua benda rasa nak beli...yang penting beli ikut kemampuan...Kaum hawa pasti akan rambang mata bila lihat perkataan (SALES)...hehe...dah jadi lumrah wanita suka berbelanja....

Kedua: Cuti sekolah
Cuti sekolah sememangnya dinantikan oleh pelajar sekolah tak kira sekolah rendah, menengah mahupun IPT selepas tamat penggal kedua persekolahan. Guru pun pasti menantikan cuti sekolah setelah banyak menghabiskan masa dengan sekolah, kini masa bersama keluarga...walaupun tidak semua guru bercuti, tapi masih ada segelintir guru perlu datang bertugas disekolah...Inilah pengorbanan seorang guru...

Masa cuti sekolah pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang..
APA YANG ANDA LAKUKAN SEMASA CUTI INI?

Ketiga: Kenduri Kahwin
Cuti ini pasti banyak undangan ke majlis perkahwinan memandangkan ramai yang bercuti...Hari pertama cuti persekolahan 20 November 2010, aku menerima 4 undangan perkahwinan dari rakan-rakan, fida (sahabat sejak dari KMPP hingga UPSI), shuhada(housemate sejak mula mengajar di SMKRTU), izza (guru gstt di SMKRTU) dan joned (ex-schoolmate)....mengikut islam kita perlu dahulukan yang terdekat...jadi aku hanya sempat memenuhi undangan perkahwinan fida & ijam di Sg.Ara(dekat sekolah)...anyway, hanya ucapan selamat pengantin baru yang dapat ku ucapkan kepada rakan-rakanku, semoga kekal hingga ke akhir hayat....



Read more >>

Tuesday, November 2, 2010

SURPRISE...


Spanjang mjadi guru,hari ini dlm sejarah aku dikejutkan dgn kek hari jadi dari student 3murni..terharu sangat2...

Pada mulanya, beberapa pelajar dtg ke bilik guru menjemput aku ke pondok...heran gak, wt pe g pondok...then, haluan diubah ke kantin...zarith(ketua kelas) dan sahidah meminta aku memejamkan mata...sambil dipimpin oleh mereka, aku pn smpai ke kantin...sebaik sahaja membukakan mata, kulihat pelajar 3murni berada dikantin dan sebiji kek comel dihadapanku...memang x disangka...ape lagi, budak2 3murni mula menyanyikan lagu happy birthday....Abis menyanyi, aku memotong kek yang dibawa...

3 Murni the best...smua stdnt kelas aku merasa makan bersama kek yg dbawa..beberapa org budak 3 murni menyuapkan aku kek..speechless!

to all 3murni,all the best..doa cikgu agar smua mdpt keputusan yg cemerlang dlm pmr.
Read more >>