Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Monday, December 13, 2010

NKRA - NATIONAL KEY RESULT AREA

NKRA atau dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 9 April 2009. NKRA bertujuan sebagai mengukur prestasi pencapaian Menteri, anggota pentadbiran dan penjawat awam berdasarkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

11 Julai 2009
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan 6 bidang NKRA iaitu:
i)Mengurangkan Kadar Jenayah
ii)Memerangi Rasuah
iii)Meluaskan Akses Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan
iv)Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
v)Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman
vi)Menambah Pengangkutan Awam dalam jangkamasa sederhana.

NKRA Pendidikan
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, 4 sub NKRA telah dikenalpasti iaitu

i)Prasekolah
Memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada semua kanak-kanak kerana asas yang kukuh kepada pendidikan awal dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada pendidikan diperingkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian mendapati sekiranya seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran yang tinggi daripada peringkat awal pendidikan, maka peluang untuk berjaya akan semakin meningkat.

ii)LINUS
SubNKRA LINUS yang diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis.
Penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun1 sehingga Tahun3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.

iii)Sekolah Berprestasi Tinggi
SubNKRA ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan watak diberikan pengiktirafan
yang
sewajarnya.
Selain
itu
pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecemerlangan keperingkat yang paling tinggi diperingkat dalam dan luar Negara.

20 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


iv)Tawaran Baru kepada Pengetua/GuruBesar.
SubNKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing. Pemimpin sekolah yang berkesan boleh meningkat pencapaian pelajar sebanyak lebih 0.1% sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada pencapaian Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan prestsi murid-murid. Oleh itu, bagi Pengetua dan Guru Besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah, maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan sebagai menghargai usaha yang telah mereka laksanakan.


Sila klik di bawah untuk muaturun maklumat mengenai NKRA

Read more >>

Sunday, December 12, 2010

School Holiday (Part 1)

Salam....

Bulan Disember adalah bulan yang paling bermakna untuk semua orang terutamanya guru dan pelajar...Kenapa?

Pertama: YES (Year End Sales)
Semua orang pasti menantikan mega sales terbesar hujung tahun...Masa ni la semua benda rasa nak beli...yang penting beli ikut kemampuan...Kaum hawa pasti akan rambang mata bila lihat perkataan (SALES)...hehe...dah jadi lumrah wanita suka berbelanja....

Kedua: Cuti sekolah
Cuti sekolah sememangnya dinantikan oleh pelajar sekolah tak kira sekolah rendah, menengah mahupun IPT selepas tamat penggal kedua persekolahan. Guru pun pasti menantikan cuti sekolah setelah banyak menghabiskan masa dengan sekolah, kini masa bersama keluarga...walaupun tidak semua guru bercuti, tapi masih ada segelintir guru perlu datang bertugas disekolah...Inilah pengorbanan seorang guru...

Masa cuti sekolah pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang..
APA YANG ANDA LAKUKAN SEMASA CUTI INI?

Ketiga: Kenduri Kahwin
Cuti ini pasti banyak undangan ke majlis perkahwinan memandangkan ramai yang bercuti...Hari pertama cuti persekolahan 20 November 2010, aku menerima 4 undangan perkahwinan dari rakan-rakan, fida (sahabat sejak dari KMPP hingga UPSI), shuhada(housemate sejak mula mengajar di SMKRTU), izza (guru gstt di SMKRTU) dan joned (ex-schoolmate)....mengikut islam kita perlu dahulukan yang terdekat...jadi aku hanya sempat memenuhi undangan perkahwinan fida & ijam di Sg.Ara(dekat sekolah)...anyway, hanya ucapan selamat pengantin baru yang dapat ku ucapkan kepada rakan-rakanku, semoga kekal hingga ke akhir hayat....



Read more >>

Tuesday, November 2, 2010

SURPRISE...


Spanjang mjadi guru,hari ini dlm sejarah aku dikejutkan dgn kek hari jadi dari student 3murni..terharu sangat2...

Pada mulanya, beberapa pelajar dtg ke bilik guru menjemput aku ke pondok...heran gak, wt pe g pondok...then, haluan diubah ke kantin...zarith(ketua kelas) dan sahidah meminta aku memejamkan mata...sambil dipimpin oleh mereka, aku pn smpai ke kantin...sebaik sahaja membukakan mata, kulihat pelajar 3murni berada dikantin dan sebiji kek comel dihadapanku...memang x disangka...ape lagi, budak2 3murni mula menyanyikan lagu happy birthday....Abis menyanyi, aku memotong kek yang dibawa...

3 Murni the best...smua stdnt kelas aku merasa makan bersama kek yg dbawa..beberapa org budak 3 murni menyuapkan aku kek..speechless!

to all 3murni,all the best..doa cikgu agar smua mdpt keputusan yg cemerlang dlm pmr.
Read more >>

Thursday, October 21, 2010

MAHER ZAIN- INSHA ALLAH



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Read more >>

TONIGHT IS THE NIGHT...

Yahooo..

Setelah menghitung hari, akhirnya tiba saat yg dinanti...setahun sekali ia datang lagi...hehe, jgn confuse...Akhirnya tiba juga malam yang dinanti...Tanggal 15 Oktober 2010...

JAMUAN MAKAN MALAM KELAB GURU & KAKITANGAN SMKRTU...

Beberapa minggu sebelum jamuan, riuh rendah di bilik guru membincangkan pakaian yang akan dikenakan semasa dinner tersebut....bertemakan 1 Malaysia, kebanyakkan guru memikirkan pakaian tradisional bangsa lain untuk dipakai pada malam tersebut....

Kusut memikirkan pakaian yang sesuai, akhirnya aku mengambil langkah untuk pergi "window shopping" dgn housemateku...maka berikut adalah pakaian dan aksesori yg akan dipakai...

Pertama....

Kasut untuk ke majlis makan malam mengganti kasut yg dh rosak..

Kedua
Pouch...x de brand pn tak kisah la..janji cun..

Ketiga
Baju Kurung moden...manik yg disulam membuatkan aku tertarik untuk membeli baju ni...

dan hasilnya.....jeng,jeng,jeng...


haha...posing sakan....(p/s: sekali sekala nk perasan, jgn marah)

pendaftaran seawal jam 7.30mlm di Hotel Vistana. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan
- aluan dari pengacara majlis
- bacaan doa
- ucapan pengerusi kelab guru
-ucapan pengetua
-makan malam bermula dengan iringan lagu-lagu maher zain...

Antara makanan yg menjadi pilihan ku (buffet) adalah...

dessert yang menjadi pilihanku...kek, puding dan aiskrim...

nasi,bihun, paprik ayam, sambal udang, sayur campur, ayam pedas, telur dadar....(siam stail, tp slack xde tom yam)

Sudu yg disediakan di atas meja amat la besar berbanding mulutku yg kecil...hehe...nasib la x bagi senduk ke, sudip ke....

meja aku..kak rozie,hidayati,kak wan aniza, n me.... wah,bertuah gk aku dpt hadiah cabutan bertuah...hehe...

Malam ni boleh lihat guru-guru melaram sakan....








Read more >>

Friday, October 1, 2010

KONVOKESYEN




Salam...

The latest story is about my brother convocation in UTM Skudai...alhamdullilah, after my convocation last 2 years,now i came to my brother convocation...he had been graduated in bachelor of mechanical in education...now he still continue his study in master...

Back to the convocation, this is the second time for me went to UTM Skudai after 10years...(1st time i went to my Mak Su convocation...) the different is i drive to skudai by myself from ipoh to skudai with my mum, dad and youngest sister...it's been a long journey for me...

Ok la,ckp bahasa melayu la (malas nk speaking london) perjalanan dr ipoh seawal 8.30 pagi...memikirkan perut yg masih belum menerima makanan, maka singgah la di R&R tapah.....untuk sarapan, kami memilih menu nasi lemak...selesai isi "minyak", maka perjalanan disambung...n next station berhenti di uitm shah alam untuk menghantar beberapa barang yg dipesan oleh adk aku...berhenti sat je...

Perhentian seterusnya di R&R Ayer Keroh, melaka....disebabkan masih kenyang, makan tengah hari ala western la, ayah blanja mkn A&W....ambik bege sorg sebijik dgn rut bir...lama sungguh rasanya aku x mkn A&W....selepas mengisi minyak keretaku yang semakin kosong....perjalanan diteruskan tanpa henti lagi ke JB....cuaca yang cerah dari ipoh ke melaka bertukar hujan lebat selebat-lebatnya sehingga ada kereta berhenti dibahu jalan dengan lampu kecemasan dinyalakan (jgn dibuat, bahaya), ada kereta yang terbabas dari arah johor ke melaka....semua membuatkan mak semakin risau untuk meneruskan perjalanan....ayah dgn tenang berkata, drive je, xyah berhenti....

Akhirnya sampai di tol jb untuk mencari exit ke skudai...memandangkan 1st time drive ke skudai, dgn confidentnye aku ikut signboard skudai...UTM.....smpi di UTM jam 3.30ptg...

Disebabkan tak tau selok belok utm, maka adik aku menjemput kami dengan moto(kesian dh la hujan),aku pn follow dr belakang motonya ke salah satu kolej di UTM (dkt bilik SRM dia)...

Memandangkan hari dh lewat dan badan pn dh letih, kami pn membungkus makan malam di kafe kolej dan bergerak ke hotel yg telah di booking...rehat smpi lepas maghrib...

Awal2 pagi, 7pg kami dh check out dr hotel dan bergerak ke utm.....








Read more >>