Salam hujung minggu....pe aktiviti hari ni? cikgu shaza bersama beberapa org k
awan merangkap rakan setugas, Padzilah dan Khairul telah melawat ke kampung saya di Kuala Kangsar...
Tempat pertama....
Tempat membuat labu sayong di Kampung Kepala Bendang, Sayong (kampungku)....Kawasan ini merupakan kawasan SDSI (Satu Daerah Satu Industri) khas pembuatan labu sayong dan hasil kraftangan...
Tempat kedua....
Lembah Sungai Perak..shopping beberapa barang kraftangan yang terdapat
di Kuala Kangsar...disebabkan hujan lebat, kami rehat sebentar sambil menikmati cendol di gerai berhampiran sambil menunggu hujan reda...Di Bukit Chandan, kami meronda di sekitar Masjid Ubuidiah, Istana Perak dan Muzium Perak....
Tempat Ketiga
Taiping...Terima kasih kepada cikgu saiful yang membawa kami sekitar bandar taiping, Mangrove Forest dan merasa mee udang Mak Jah (famous berdekatan mangroves forest)..
dan akhir sekali, meronda di sekitar Taman Tasik Taiping....
Akhirnya sampai di Pulau Pinang semula jam 9 malam....memang penat tapi best!! Kalau de kelapangan lagi, mungkin untuk lawatan kedua insyaallah 9 November ini bersama pelajar2 SMKRTU...
0 comments:
Post a Comment