Guru menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada pelajar. Tugas guru bukan sekadar mengajar, malah tugas utama guru adalah mendidik pelajar menjadi insan yang berakhlak, berilmu dan berdisiplin. Guru mencurahkan tenaga, keringat,wang ringgit dan masa mereka demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Tiada guru yang ingin melihat anak didiknya gagal. Betapa bangganya guru jika anak didiknya berjaya. Tanpa guru, siapalah kita.Guru adalah insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa kita.
Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:
• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.
• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
• Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
• Mendoakan kebaikan baginya.
Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."
0 comments:
Post a Comment