Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Tuesday, January 11, 2011

JPN perlu rancang penempatan guru






Perpindahan mendadak beri tekanan, jejas pembelajaran
JABATAN Pelajaran Negeri (JPN) wajar melakukan perancangan teliti berkaitan penempatan guru supaya tidak menimbulkan beban tambahan kepada pendidik dengan pertukaran pada saat akhir.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat perpindahan pada Januari bukan saja memberi tekanan mental kepada guru tetapi menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pertukaran secara mendadak turut menjejaskan kesan lebih serius terutama kepada pelajar.

Pertukaran dalam jumlah yang agak besar secara serentak juga kata beliau, menggambarkan sesuatu yang tidak kena dalam proses penempatan guru di peringkat negeri.

“Memang tidak wajar memindahkan guru ke sekolah lain pada bulan ini kerana sesi persekolahan sudah pun bermula. Keadaan ini memang merumitkan dan membebankan guru.

“Urusan pertukaran sepatutnya dilaksanakan lebih awal iaitu sekitar Disember bagi memudahkan proses urusan semua pihak.” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan yang diterima 10 hingga 15 guru di sebuah sekolah menengah di Subang.

Masing-masing katanya, mendakwa menerima panggilan daripada pegawai di JPN Selangor supaya bersedia ditukarkan ke luar daerah pada bila-bila masa. Yim Pheng berkata, NUTP juga tertanya-tanya mengenai tindakan JPN Selangor menukarkan guru dalam jumlah sehingga 15 orang pada satu masa.

Senario itu kata beliau, menggambarkan berlaku lebihan guru di sekolah berkenaan. Lazimnya kadar lebihan guru setiap sekolah hanya sekitar seorang atau dua saja.

“Kalau sampai 10 hingga 15 guru terima panggilan untuk ditukarkan, NUTP pun hendak tahu daripada JPN, mengapa jadi begitu?” katanya.

Beliau berkata, NUTP akan mengadakan mesyuarat khas di ibu negara bersama 12 kesatuan gabungannya untuk membincangkan isu pertukaran guru.

Katanya, pendirian NUTP sekarang ialah guru patut menerima pertukaran dalam lingkungan 40 kilometer dari kediaman.
Hari ni satu artikel tentang penempatan guru-guru telah disiarkan dalam berita harian. Bagi saya, masalah seperti ini seharusnya dapat dielakkan. Jika Pihak Kementerian, JPN dan PPD dan juga Pentadbir setiap sekolah mempunyai penyelasan yang baik dan licin.

Oleh kerana masalah seperti inilah yang memberi implikasi kes lebihan dan kekurangan guru di sesebuah Sekolah. Malah sering juga berlakunya perebutan tempat antara Guru lepasan Universiti dengan Guru dibawah KPM sendiri setiap kali musim penempatan guru.








Contoh jadual penempatan semula Guru Besar
Mekanisme penempatan guru haruslah diperbaiki dengan lebih baik dan berkesan. Disamping penetapan masa yang relevan untuk pertukaran dan perpindahan guru dilakukan. Pastikan Pihak kementerian telahpun mengenal pasti dan memaklumkan lebih awal kepada guru-guru yang hendak ditukarkan dan dipindahkan.

Ini dapat mengelakkan, bebanan tambahan pada guru mahupun pentadbir semasa proses pertukaran. Sedikit sebanyak pentadbir terpaksa merombak jadual tugasan guru yng telah dibuat sekiranya berlaku perpindahan dan pertukaran. Ditambah lagi proses pembelajaran yang telah bermula.

0 comments: