Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Saturday, January 8, 2011

DONUT OH DONUT...



Bagi penggemar donut, pelbagai pilihan donut boleh didapati di pasaran....Kalau dulu donut cuma disalut dengan gula, kini pelbagai jenis donut boleh didapati...Pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, mocha, oreo dan yang best "local donut" perisa durian pn ada.

Big Apple Donuts dan Dunkin' Donuts antara franchise donut luar negara yang popular di Malaysia. Tahukah anda, terdapat franchise donut tempatan yang setanding dengan Big Apple dan Dunkin' Donut?

NASH DONUTS & BAKERY.....


Bagi anda yang berada di Perak, Penang dan Kedah, anda boleh mencuba Nash Donuts & Bakery...Nash Donuts & Bakery Sdn Bhd merupakan anak syarikat Nasmir Holding yang juga merupakan sebuah syarikat 100 % bumiputera.Syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai jenis donut, roti, minuman dan makanan ini mempunyai 4 cawangan di mana cawangan utamanya bertempat di Bandar Perda, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Bangunan yang unik dan hiasan dalaman yang menarik serta pelbagai pilihan makanan merupakan suatu tarikan kepada pengunjung...Yang penting, Jika datang ke Pulau Pinang, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan di Nash Donuts & Bakery. Lokasi yang berdekatan AEON Jusco Seberang Jaya menjadi tarikan kepada pengunjung.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi Nash Donuts & Bakery dan sebagainya, sila layari http://www.nashdonuts.com.my/

1 comments:

lynda said...

baru pas g tadi. hehehe..:)
http://bicarahatikulynda.blogspot.com/2011/04/rindu-penghuni-umah-kg.html