Jom Join Cikgu Shaza


Tajaan Bersama

Sunday, June 27, 2010

Hari Sabtu























Salam,

Setiap orang pasti menantikan waktu cuti hujung minggu untuk merehatkan badan dan minda dari segala tugas yang dilakukan. Sabtu minggu baru-baru ni(semalam), aku bersama rakan setugasku membawa pelajar kebanggaanku, pasukan kadet polis(P) sekolah aku ke SMK Sg.Nibong sebagai jemputan membuat persembahan kawad sempena Hari Kokurikulum disana. Kadet Bomba (L) dari SMK Batu Maung dan pasukan Kadet Polis(P) SMK Raja Tun Uda dijemput mengadakan persembahan kawad kerana telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat daerah Barat Daya baru-baru ini.


Jam 8.oopagi semua anggota kadet berkumpul di padang sekolah dan melakukan latihan terakhir bagi memastikan persembahan terbaik dapat dilakukan nanti. Kemudian, anggota diberikan rehat dan makan sementara menunggu bas yang disediakan oleh pihak sekolah.

Janji pukul 8.30pagi,tapi bayang bas pun tak nampak lagi walaupun jam menunjukkan pukul 9.00pagi. Kak wan(rakan setugas) menelefon pemandu memberi tahu tentang kelewatan bas, dan akhirnya jam 9.40 pagi bas pun tiba di hadapan sekolah.

Hampir pukul 10 pagi, kami tiba di SMk Sg. Nibong dan disambut oleh PK Koko dan beberapa orang guru. Kami sempat melihat pertandingan kawad kaki pengakap dan KRS SMK Sg.Nibong. Hebat juga persembahan mereka. Setelah selesai pertandingan kawad, pasukan kami telah dipanggil untuk melakukan persembahan sementara menantikan hakim mengira markah.Pasukan kami telah diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja memasuki padang sekolah. Semua anggota telah melakukan yang terbaik setelah melakukan latihan setiap petang dengan bantuan jurulatih.

Aku sempat melihat sekeliling sekolah tersebut. Pandanganku tertarik melihat maskot Star Wars yang berjalan di sekeliling sekolah sambil mengusik hadirin. Ada yang menjerit terkejut..
Selesai persembahan kawad, kami menerima sijil penghargaan pihak sekolah. Pelajar diberikan makanan dan berehat sebentar sambil aku dan kak wan dijemput oleh pihak sekolah ke jamuan ringkas. Alhamdulilah, rezeki jangan ditolak.

Selesai makan, kami ke tempat pelajar. Bukan main lagi mereka posing ambik gambar. Apa pun, semuanya selesai dan berjalan lancar.Thank's to all my student.


0 comments: